Tuesday, May 5, 2009

kNaPE ek WaNItA mUdAh MeNanGIS??

Seorang anak bertanya kepada ibunya yang menangis."Mengapa ibu menangis?"

Jawab ibunya,"sebab ibu seorang wanita,sayang"
"tak faham,ibu,"balas anaknya.Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat.

Kemudian,anak ini bertanya pada ayahnya.
"Ayah,kenapa ibu menangis?"

Ayahnya menjawab," Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."Anak itu membesar menjadi remaja dan tetap tertanya-tanya mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam,dia bermimpi bertanyakan seorang ulama tentangnya."Ya tuan,mengapakah Allah menjadikan wanita begitu mudah menangis?"

Ulama itu menjawab ,"Allah ciptakan wanita sebagai golongan yang sangat istimewa.Bahunya dicipta supaya mampu menahan beban dunia dan pada masa yang sama harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.Wanita diberi kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimnya,walaupun sering kali dia menerima cerca daripada anak itu.Diberi keperkasaan yang membuatnya bertahan,pantang menyerah pada saat semua orang berputus asa.Diberikan kesabaran dan ketabahan merawat keluarganya walaupun letih,sakit dan lelah tanpa keluh kesah.Dia diberikan kepekaan dan perasaan kasih sayang untuk menyayangi semua anaknya dalam apa keadaan sekalipun.Sentuhan ini akan memberikan keselesaan kepada anak-anaknya ketika didakap lembut oleh ibunya.

"Dia diberikan kekuatan untuk membimbing suaminya,melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung bagi suaminya.Kerana,bukankah tulang rusuk melindungi jantung dan hati supaya tidak terkoyak?Dia diberikan kebijaksanaan dan kemampuan bagi memberikan pengertian dan kesedaran kepada suaminya.Suami yang baik tak pernah melukai isterinya walaupun seringkali diuji kesetiaan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi isterinya."

"Dan,akhirnya dia diberikan air mata supaya dapat mencurahkan perasaannya.Anugerah ini khusus untuk wanita ;air mata untuk digunakan bila-bila masa apabila memerlukannya,walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".



[inilah sebab npe pmpuan mudah sgt m'alirkan air mte..so,guys out there watch out..haha..urm,juz bbrapa ari ag mother's day..act,bkn tym mother's day je kte smbut..we should appreciate our mother evry moment..luv my mom so much..]

..tidak ada hadiah lain daripada ibumu yang setanding dengan satu hadiah daripada hidup anda-pepatah lama...

0 Love hearts:

Post a Comment